Thursday, February 25, 2016

2016

Sehingga kini..kehidupan aku boleh dikatakan penuh dgn rahmat dan nikmat dari Allah.. Aku berjaya tamatkan sarjana aku dalam tempoh setahun setengah menerusi biasiswa. Pelbagai onak dan cabaran yang aku berjaya tempoh sepanjang tempoh 2013 hingga kini. Ingin aku sematkan beberapa kejadian yang aku rs perlu untuk aku catitkan..

1. Aku telah selamat melahirkan seorang putra yang comel secara normal selepas 3 kali kena induce disebabkan kurang air ketuban. Aku memilih hospital putrajaya separa swasta untuk melahirkan zuriat pertama aku.. alhamdulillah aku berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pakar2 disana.

2. Aku berjaya mendapat temuduga untuk biasiswa dan alhamdulillah berjaya dapat walaupun aku ni dikira junior. Rezeki anak sebab aku tengah mengandung pada waktu tersebut.

3. Rumah yang aku n hubby beli dan siap. Kami berpindah ke sana. So far kehidupan di rumah baru lebih selesa dan mudah kerana kemudahan2 yang aku boleh dapat disana. Alhamdulillah walaupun rumah aku lebih kecil dari kuarters..tp aku sangat berpuas hati.

4. Perjalanan aku ke utm kl juga mudah..kelas 2 kali seminggu. walaupun kawan2 aku foreigner which negin dari iran dan naima dari somalia..tapi bagus untuk aku improve language bi aku walaupun terabur..hehe

5. Aku mengalami kemalangan pada akhir april 2015 di lanchang. sebab utama hubby aku mengantuk.kereta kami terbalik dan berpusing..alhamdulillah anak aku dalam bb seat dan suamiku tiada luka. Aku mengalami retak di buku lali. Hampir 2 bulan aku perlu memakai simen tersebut. Cabaran utama..aku tgh belajar..alhamdulillah aku dapat harungi semuanya.

6. Aku tamat belajar dan mendapat penempatan di agensi X. so far semua ok..aku bersyukur.

Secara rangkumannya.. Allah akan datangkan cabaran dan dugaan untuk kuatkan kita dan sekiranya kita redha..ada yg terbaik akan kita peroleh.. in shaa Allah. Moga Allah terus limpahkan rahmat ke atas aku dan keluargaku..Semoga urusan2 kami dimudahkan..amin.